Matlamat dan Objektif Kursus:
------------------------------
* Menerangkan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Arab Sekolah Rendah Islam Ikram-Musleh yang baharu.
* Menerangkan konsep pengajaran bahasa Arab kepada bukan Arab.
* Menerangkan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa kedua.
* Menerangkan Rancangan Tahunan dan menunjukkan contoh Rancangan Mengajar.
* Menerangkan pendekatan asas buku at-Taisir fil Arabiyyah, keistimewaan dan penyusunannya.
* Menerangkan pendekatan pengajaran untuk keempat-empat kemahiran berbahasa Arab menggunakan buku at-Taisir fil Arabiyyah.
* Memberi pendedahan dan pelatihan kepada guru-guru bahasa Arab mengenai cara penggunaan buku bahasa Arab At-Taisir fil Arabiyyah.
* Memperkembangluaskan penggunaan buku at-Taisir fil Arabiyyah ke sekolah-sekolah rendah agama swasta selain rangkaian sekolah Ikram-Musleh.
* Melatih guru-guru untuk lebih berkeyakinan dalam menyampaikan pengajaran kepada murid-murid.
* Memberi peluang kepada ibu bapa yang berminat untuk belajar kaedah mengajar bahasa Arab dan membantu anak di rumah.
KEBAIKAN at-Taisir fil Arabiyyah
--------------------------------
* Ibu bapa dan guru lebih mudah mengajar kerana maklumat dan panduan mengajar disediakan di setiap muka surat di bahagian bawah.
* Pelajar akan lebih mudah tertarik untuk mempelajari bahasa Arab dengan adanya buku yang berwarna-warni, ilustrasi dan reka letak yang menarik.
* Guru dan ibu bapa boleh mempelbagaikan pengajaran dan pembelajarannya dengan adanya bahan sokongan seperti DVD interaktif, poster, kamus, dan kad imbasan.
* Pelajar juga boleh menambah pembacaan dan memperkayakan kosa katanya dengan bacaan santai yang tersedia di ‘Taman Bacaan' di bahagian akhir buku teks.
* Pelajar yang telah tamat mengikuti buku 1-6 bersedia untuk mempelajari agama Islam dalam bahasa Arab di tingkatan 1.
* Guru disediakan dengan pelbagai aktiviti yang mudah tapi menyeronokkan terutamanya yang menekankan kemahiran bertutur di kalangan pelajar di sepanjang modul 1 hingga 6.